|
assalamualaikom..
minta kebenaran untuk simpan tulisan saya di sini.ada
yang ingin dilupakan
tiada sajak disini,
sekadar menyatakan
rasa yang ada dihati,
banyak sebenarnya
yang ingin aku lupakan
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 19 Mac, 19100 jam 15:53:09 |

|
|
Anak Siapa...
anak siapa agaknya mereka
berbaju membuka aurat
celana terlalu ketat
mati akalkah keluarga meraka
mati hati agaknya kita
anak siapa agaknya mereka
buktikan cinta dimerata tangga
sorga mereka penuh dosa
yatim agaknya mereka
atau kita yang kurang peka
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 07 Disember, 1999 jam 14:07:43 |

|
|
BAIT Ini Untuk Kamu Vi
love thats pure dont make no claims
intercedes for you instead of casting you blame
will not decieve you or lead you to transgression
wont write it up and make you sigh a false
confession..
p/s;aint we all sinner matey...
Hasil Nukilan: comotest
di masukkan pada 29 Februari, 19100 jam 16:30:58 |

|
|
Balada...
sebetulnya
aku juga seperti kalian
seorang pendosa
yang berkekalan
cuma kadang jadi busan
melihatkan sebahagian teman
bangga dengan dosa-dosa
hidup seolah tanpa tuhan.
.....
ps:utk kenkawan yg baca..
thats u jaw n lag...
i hate u plp guts!..hehe
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 17 Disember, 1999 jam 13:35:12 |

|
|
Doa
tuan punya siang
tuang punya malam
tuan punya kasih
tuan punya sayang
tuan yang menurunkan hujan
tuan yang melukis pelangi
tuan punya gelap
tuan punya terang
tuan yang membina gunung
tuan yang melarik awan
kasihan...
p/s;see "britney"...i do love the bahasa ibunda.. |

|
|
Emak, Alias, Khairiah, Ramadhan
emak..
berbasikal awal pagi
bertungkus lumus memasak sahor
buat ratusan anak menteri
yang berkumpul disekolah negeri
tinggalkan anak sendiri
berpelok dingin pagi
makan sahor yang hampir basi
semua ini kerana ditinggal suami.
alias..
tiap kali datang ramadhan
anak sulong ibu tunggal menangis
terkenangkan abang kepada ibunya
yang sangat cintakan kurma
tempat anak mengadu kasih
kini genap 5 tahun anak kehilangan bapa
buat kali kedua..
khairiah..
isteri kepada abang ibu tunggal
wajah yg dulu manis
kini diragut angin ahmar
ibu kedua anak sulung ibu tunggal
hampir meninggalkan kenangan..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 21 Disember, 1999 jam 13:49:55 |

|
|
Enggan Bebas
aku enggan bebas
kebebasan membelengu daku
aku inginkan aturan
buat ikutan diri
aku mahukan "seorang Tuan"
buat keamanan hati
bukan kebebasan yang aku cari
tapi aku mahu menyerah
kepada Tuhan empunya diri..
kumala das...selamat kembali..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 19 Disember, 1999 jam 13:44:33 |

|
|
Gerun
borhan pulang membawa cerita
dari Tanah Haram tempat asal kita
pepohon kini mula melata
kera dari thoif makin berganda
ini lah dia janji janji tanda
kiamat telah hampir tiba
maha suci engkau...
........................
puisi osman terhenti disini
kerana bosan dengan tulisan sendiri
demi untuk menjaga hati
aku mohon undur diri..
terima kaseh kerana diberi luang
maafkan atas kelantangan..
wassalam buat semua..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 31 Disember, 1999 jam 02:08:36 |

|
|
Ingin Jadi Kalayak
sangkaku hanya diradio
lolong cinta belia
rupanya disini juga serupa
aku jadi ingin
bercinta dan keciwa
mungkin nantinya
aku jugak layak diterima mereka
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 12 Disember, 1999 jam 12:37:57 |

|
|
Kita..(rerun)
kita beli bahagia
dengan kata-kata
kita bayar cinta
dengan tipudaya
lalu kita lunaskan rindu
dengan dosa-dosa
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 10 Mac, 19100 jam 03:25:21 |

|
|
Aku Ingin Pulang II
manakah jalan yang Engkau setuju
tunjukan aku hala tuju
lepaskan aku dari belengu
cerita reka penuh ragu
asyikan aku dalam cinta
pelukkan kasih penuh mesra
(bersambung..)
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 09 Mac, 19100 jam 18:42:14 |

|
|
Mana Tamannya...
bina lah pencakar langit
bungkar lah pasak bumi
tanduskan segala tanah tanih
biar kami belanja diluar negeri
semua aku tidak peduli..
lupakan segala adab
tinggalkan semangat akrab
lantik siapa sahaja jadi menteri
aku tidak peduli....
cuma..
mana tamannya?
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 28 Disember, 1999 jam 11:56:37 |

|
|
Osman Kata..
tanya yang dijawab
bantal kita sama
mimpi kita
lain warna
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 20 Mac, 19100 jam 15:51:01 |

|
|
Osman Kata Lagi..
ataukah
mimpi kita sama
bantal kita agaknya
yang lain warna.
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 20 Mac, 19100 jam 15:58:26 |

|
|
Pagi Baru
terdengar kokokkan ayam
arnab berlari melintas jalan
mengalir sungai dibawah jambatan
bagai tersenyum melihat keakraban kita
pagi baru
pagi baru
bersama kamu
kedengaran bising injin
kereta motor berbagai gaya
masok kekampung barang sebatu mahu pun dua
semua seakan tumpang gembira
melihat bersatunya kita
pagi baru
pagi baru
bersama kamu
panas mentari pagi bagai tidak terasa
terlihat anak-anak babi tunduk sopan
berlari-lari dihujung kali
agaknya inilah hari yang ku impi
berakhir sudah kehidupan sepi
pagi baru
pagi baru
bersama kamu
kasut baru ku.
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 01 Mac, 19100 jam 16:38........ |

|
|
Pelukis
sebatang pensil
sekeping kertas putih
sedikit warna
lalu dilakarnya rasa
dan diluahkannya jiwa
dibingkai kayu
dijualnya rasa jiwa dan raga
yang dibeli
cuma sekeping kertas berpalit warna
buat penutup lubang didinding
atau sekadar modal untuk berbangga
kononnya
"aku cinta seni negara"
moral;jangan jadi pelukis..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 25 Februari, 19100 jam 14:40:12 |

|
|
Sajak Buat Emak
tidak apa lah emak
lukanya sedikit sahaja
tidak apa-apa pun
sekejap lagi baiklah ia
kitakan sudah biasa
dengan calar yang begini
dahulu pun emak sering berkata
ubatlah sendiri kudis-kudis buta
entahlah emak
aku bagai terlupakan rasa mesra
pahit pun aku sudah tidak terasa..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 28 Februari, 19100 jam 22:47:09 |

|
|
Aku Ingin Pulang
malam mengundang tenang
bintang menghias alam
ku buka langkah baru
sujud tobat padaMU tuhan
gerimis pagi bagai simpati
melihat tangis ku ini
penjarakan ku Tuhan
didalam cinta kasij MU
hanyut terlalu lama
dialun arus penghidupan
berikanku ruang
agarku selamat pulang..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 07 Mac, 19100 jam 16:01:20 |

|
|
setelah usai sembahyang
kami duduk dimata tangga
berbual tentang sorga dan neraka
kami kesimpang perihal wargatua
aku lalu jadi hiba
terkenang datuk dan nenek
tercinta yang telah tiada..
apa khabar agaknya mereka?
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 05 Mac, 19100 jam 05:06:17 |

|
|
Assalamualaikum..
kepada teman yang pernah ku kenali
di Pusat Dunia karya yang lalu
malam ini lenaku diusik
oleh utusan malam
dengan cahaya putih
di dahi
dengan wajah tenang
bersuara garau lembut
lunak dalam bicara
'untuk satu perkara
wajar diuruskan dengan satu kalimah'
tidurku kembali teratur
dan esok aku bangkit
termenung seberapa kata..
nafas ini bersatu dalam satu nafas
osmanTikus
dimasukkan pada: 24 Mac 2001 17:07:24
|

|
|
Angkuh Kita
kita yang
tidak punya kasih
yang tidak mahu menyayang
kita yang
terlalu ingin disayang
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 28 September, 1999 jam 06:24:13 |

|
|
di panggung
sementara
dengan adegan
berbeda
kita
sebenarnya sama
cuma
topeng kita
berlainan warna
kata-kata (bukan cinta)
utk LiMAH (yg.suka bertanya) |

|
|
Bicara Dinda
benar sungguh
bicaramu dinda
dia yang berkata
"tidak melayu hilang didunia"
hilang ghaib
entah kemana..
Hasil Nukilan: osmanTikus
di masukkan pada 09 September, 1999 jam 14:14:43 |

|
|
Cerita Pak Musa
semalam semasa pulang kedesa
aku terjumpa pak musa
dia aku sapa
pak musa pun mula bercerita..
oo..kamu rupanya
kemana? lama tidak berjumpa
kerja dimana?
anak kamu berapa?
hampir-hampir terlupa..
namamu siapa?
umurmu berapa?
bukannya apa
cuma kadang-kadang
pak musa lupa
maklum,sudah tua
tidak lama mungkin pak musa akan jadi baja.
akaun bank kamu bagaimana?
rumah kamu ada berapa?
aku?
dulu ada...
lalu aku buang semua
bukan apa-apa
cuma takut keneraka
katanya disana penuh seksa
lalu pak musa tidak selesa
jadi pak musa buang semua
sangka aku jadi wira
rupanya silap teka.
ah!tidak mengapa
bapak pak musa kan kaya
pasti nama pak musa ada
bahagian pak musa pasti harta
namamu siapa?
aku makin lupa
kerana selalu terluka
ah!lupakan sahaja..."
demikian cerita pak musa
yang kini sudah menjadi baja. |

|
|
beri aku sedikit uang
ingin aku beli sayang
semuanya kini baarang dagang
boleh dibeli dengan uang
hey engkau yang memandang
tolong berikan aku sedikit uang
ibu menunggu aku pulang
bebekalkan sedikit girang
dia yang sangat disayang
kini mula berbilang-bilang
tapi aku tidak punya uang
untuk aku beli sedikit sayang.. |

|
|
Pengantin
pergi kekedai tadi senja
aku hampir tertawa
terlihatkan
pengantin remaja.
sisuami dengan muka masam mencuka
bila terlihat sang isteri
membeli topeng
(bukan untuk muka) |

|
|
Rindu
bukan nya apa-apa
sekadar ingin membawa berita
aku rindukan sayed
anak dollah supervisor. |

|
|
Saqqaratol
sembilan puluh sembilan
liang duka
ratusan ribu tangis duka
tuhan saksi ini pertemuan
terima kasih atas perpisahan |

|
|
Selamat Pulang..
ketika kalian kami labuhkan
keliang
terlihat bumi mendepangkan
tangan
senang menerima kalian
esak kami
tangis kami
bukan kerana kehilangan
tapi sebagai satu tanda
ucapan...
SELAMAT PULANG.
al-fatehah utk sahabat tersayang
mohamad ezza abdul aziz
isterinya..
hanisah abu hassan
anak-anak mereka..
muaz mohammad
muhammad yusof
anak saudara isteri ezza..
mohammad talhah mohd rashid
anak saudara ezza...
nurul ain mansor
norwahidah mansor
dan adik perempuan ezza...
shuhadah abdul aziz
yg kini berada didalam pelukan
penuh mesra TUAN EMPUNYA SORGA..
tenanglah kalian...al-fatehah.. |

|
|
Tanpa Tajuk II
jangan kita nyalakan
api pengobar perang
akibat-pahitnya nanti
ditelan semua orang
betapa riang kudengar
kalian beriman
tidak menjadi kafir
tanpa tuhan
sedarlah kalian
sebelum liang digali orang. |

|
|
Sajak Buat Mak
Tidak apa lah mak
Lukanya sedikit sahaja
Tidak apa-apa pun
Sekejab lagi baiklah ia
Kitakan sudah biasa
Dengan calar yang begini
Dahulu pun emak sering berkata
Ubatlah sendiri kudis-kudis buta
Entahlah emak
Aku bagai terlupakan rasa mesra
Pahit pun aku sudah tak terasa.. |

|
|
Ada Yang Masih Belum Selesai
entah kenapa
setelah sekian lama
ada cerita lama
kembali membawa berita
entah kenapa
mungkin kerana demdam
atau ada yang enggan dilupa
aku jadi bosan
melihat angan orang
semua enggan lepaskan
semua enggan teruskan
aku ingin usulkan
kita tinggalkan semua
buang jauh-jauh
buka lembaran baru
hidup mesti teruskan! |

|
|
pagi biru itu aku ketaman
disebalik bunga yang kembang
ada belia berpelukan
ada isteri yang gelandangan
ada suami yang berlaku curang
ada ibu yang lapar tidak makan
ada anak, yatim ditinggalkan
aku jadi keliru
dinegara islam yang mana satukah aku?
|

|

(Best viewed at 600 x
800)
@ 2001 Datinz Creations. Copyright Rights Reserved |